[Part 1] Software Yang Patut Ada Pada Komputer Korang



Apakah perisian wajib untuk setiap komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows. Tidak kira dari Windows XP hinggalah ke Windows 7. Dan pada hari ini, aku akan cuba menyenaraikan perisian dan aplikasi yang aku selalu pasang pada setiap komputer yang baru lepas diformat oleh aku. Jika dikira-kira, banyak jugak tue. Takpelah, aku akan cuba menyenaraikan seberapa banyak yang aku boleh senaraikan untuk malam ini. Selain itu, ia juga boleh menjadi panduan kepada korang yang masih tercari-cari aplikasi apakah yang penting dan bersesuaian untuk komputer korang.

Oleh itu, aku akan cuba membahagikan perisian/aplikasi tersebut mengikut kategori.

1. AntiVirus


Jika disemak pada entri-entri lepas, aku ade membuat tentang kategori ini. Disana aku ada membincangkan mengenai Antivirus yang korang gunakan sekarang. Banyak perisian AntiVirus yang dikeluarkan. Tapi korang semua harus hati-hati semasa memilih perisian tersebut. Manalah tau ia tersenarai dalam 144 AntiVirus Palsu. Disini aku mencadangkan korang menggunakan AntiVirus berbayar bagi mendapatkan perlindungan yang lebih baik dari AntiVirus percuma. Oleh itu, aku mencadangkan korang menggunakan Bitdefender. Cara untuk mendapatkan Bitdefender boleh korang dapatkan di entri Muat-Turun "BitDefender All Product 2010 Percuma".

Lain-lain AntiVirus yang boleh aku cadangkan adalah, Avast, Avira, dan Kaspersky.


2. Pelayar Internet/Internet Browser


Untuk korang membaca blog ni, korang mestila menggunakan pelayar internet kan. So, dengan kata lain, aplikasi ini amat penting kepada sesiapa yang melayari internet. Ok la. Pelayar internet yang aku mahu cadangkan mungkin bercanggah dengan pendapat sesetengah korang. Tapi, kalau korang tak pernah mendengar nama Mozilla Firefox, aku rasa korang memang kena upgrade database korang. Itulah pelayar yang aku mahu cadangkan. Mozilla Firefox. Tetapi, kepada sesiapa yang masih menggunakan Internet Explorer bertukarlah, korang akan merasa kelainan darinya.

Lain-lain pelayar internet yang boleh korang gunakan adalah Google Chrome dan Opera.


3. Multimedia : Audio & Video


Untuk kategori ni aku rasa baik aku bahagikan la kepada beberapa bahagian iaitu Audio, Video, & Lain-lain.

Audio
Mesti korang selalu mendengar lagu melalui komputer korang. Aplikasi yang aku mahu cadangkan adalah Winamp. Selain dari hanya mendengar lagu dan menonton video, korang juga boleh menukar skinnya untuk menampakkannya lebih menarik. Terdapat banyak plugin berguna untuk korang yang boleh dimuat-turun dilaman web Winamp. Alternatif lain selain Winamp, aku cadangkan korang boleh mencuba Aimp2, iTunes, JetAudio atau Foobar2000.

Video
Jika ditanya kepada aku, aplikasi apakah yang aku gunakan untuk membuka file format video? Mestilah GomPlayer. Sebelum aku menggunakan GomPlayer ini, aku pernah menggunakan VLC Player. Tapi disebabkan VLC tidak mesra pengguna kepada aku, aku berubah ke GomPlayer yang menepati dengan cita rasa aku. Jika korang masih lagi menggunakan Windows Media Player, berubahlah ke GomPlayer. Dengan mempunyai paparan dan fungsi yang cantik dan mudah difahami, aku rasa ia tidak membebankan semua pengguna baru mereka. Jika korang tidak berminat untuk menggunakan GomPlayer, korang bolehlah mencuba VLC Player.

Lain-lain
Bagi korang yang mahu memainkan file video, kadang-kadang korang menghadapi masalah kerana Video Player korang tidak dapat membukanya kerana tidak mempunyai codec untuk file tersebut. Bagi sesiapa yang menghadapi masalah diatas, aku cadangkan korang memuat-turun K-Lite Mega Codec. Dan selepas itu korang tidak lagi mengalami masalah sedemikian rupa. Alternatif lain, korang boleh mencuba StormCodec, VistaCodec atau SevenCodec.

4. Compression Tool


WinRAR adalah aplikasi yang layak dimiliki pada setiap komputer. WinRAR adalah sebuah utiliti pengarkiban yang menyokong sepenuhnya file berformat .RAR dan .ZIP dan juga boleh digunakan untuk file berformat CAB, ARJ, LZH, TAR, GZ, ACE, Uue, bz2, JAR, ISO, 7z, Z archives. Dan sesetengah file yang berformat filename.001, filename.002 memerlukan HJSplit. Alternatif lain yang boleh menggantikan WinRAR adalah IZarc dan 7-zip.

Baca Part 2 disini
[Part 2] Software Yang Patut Ada Pada Komputer Korang

9 Comments

  1. haha..semua ada kecuali produk antivirus tuh..dulu aku gila-gila pakai kaspersky internet security ngn key sekali...tapi ada time asik kene block,pastu kene cari lagi tuh yang aku malas.

    last2 guna avg 8...oklah jugak sampai sekarang,belum ada masalah sampai nak kene format pc(virus lah tu kan).

    ReplyDelete
  2. semua dah ada..haha..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. aku nk try avast la nanti.. cam best je... interface baru.. hehe..

    Bab audio video aku suka guna windows media player je.. install je codec K-lite mega pack...

    *ada broken link tu, kat "BitDefender All Product 2010 Percuma"

    ReplyDelete
  4. aku masih berpuas hati dengan keberkesanan Avira walaupun ianya free.. kaspersky aku penah pkai dulu tp abis fail2 system dideletenye tanpa bgtau aku.. last2 jadi giler komputer aku..

    internet browser aku paling suke Firefox.. kedua Chrome, ketiga Opera.. ke 100 ribu juta, internet explorer..

    Dengar lagu aku dengar pkai Aimp2 je, untuk main audio sahaja.. winamp dh bertahun2 aku tak pakai.. layan video aku pkai GomPlayer jugak.. terbaik.. seblom ni dah try mcm2 player, vlc, kmplayer, mplayer, lagi apa ntah byk sgt.. last2 balik semula ke GomPlayer.. kadang2 aku pkai Media Player Classic..

    Codec kalo nk lengkap pkai K-Lite Mega Codec.. sume codec ade dlm tu.. K-Lite Codec takde real alternative kot.. takleh play fail rmvb, dll..

    Compression Tool aku pkai yg lain selain WinRar, rasa mcm pening skit.. korang2 pon pkai la WinRar (recommended by MrPiratz)

    ReplyDelete
  5. @Piston - Ko pakai AVG 8? Bukan ke skarang dah AVG 9...

    @fahmi - Try, jangan tak try... Broken link dah repair...

    @Anarm - Avira nak update lembab.. tue sebab aku taknak pakai.... aku pernah try aimp2.. tak best.. jadi aku uninstall... eh.. salah plak aku letak.. aku nak letak mega codec la.. terletak codec pack la.. mamai.. tertido mase tulis entri ni...

    ReplyDelete
  6. a'ah...license dia sampai avg 8 nih sampai tahun 2018..power tak?haha

    ReplyDelete
  7. @piston - ko pakai key ni kan... 8MEH-REDSL-7ETEC-ULA8R-EAOKL-4EMBR-ACED
    sebenarnya, AVG 9 pun boleh pakai key nie gak...

    ReplyDelete
  8. ni girlfriend aku ada :

    kaspersky
    office
    firefox
    idm
    spider player
    mpc star
    adobe photoshop
    photoscape
    search everything
    foxit reader
    ccleaner
    ace utilities
    ashampoo burning studio

    semua ni feveret :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post