[Tutorial] Memasang Windows 7 Menggunakan USB Drive


Jika korang menggeledah blog ini, pasti korang akan menemui entri 'Microsoft Windows 7 Bootable USB/DVD Download Tool'. Tapi ramai yang tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya. Jika korang mempunyai DVD Windows 7, tetapi dvd writer komputer korang tidak boleh digunakan, ini mendatangkan masalah. Begitu juga dengan netbook yang memang tidak didatangkan bersama DVD Drive. Kira korang bernasib baik jika dapat external DVD Writer sesama pembelian.

Sebenarnya entri ini, adalah permintaan sepupu aku yang duduk nun jauh di selatan. Ia mempunyai DVD Windows 7, tetapi malangnya DVD drive laptopnya tidak dapat digunakan lagi. Oleh itu, dia meminta aku mengajarnya cara membuat bootable USB Windows 7. Kepada korang yang mempunyai pengalaman yang sama, dan ingin menggunakan Windows 7, korang bolehlah mengikut tutorial ini.


Senarai barang/software yang perlu ada.

1. DVD Windows 7 atau Windows 7 yang berformat .iso. (Apa-apa version pun boleh)
2. USB Drive yang berkapasiti 4GB keatas.
3. Komputer yang menggunakan sistem pengoperasian (OS) Windows
4. Software untuk membuat file berformat .iso (Jika korang masih belum mempunyai file Windows 7 yang berformat .iso)
5. Mempunyai sambungan Internet. (Untuk memuat-turun software yang akan digunakan)


Langkah-langkah Membuat File Berformat .ISO

1. Muat-turun PowerISO dan install kedalam komputer korang. Muat-turun PowerISO disini.


2. Buka PowerISO korang.


3. Klik Copy. Satu popup akan terhasil seperti gambar diatas. Pastikan korang tandakan .iso file pada 'Destination Files'. Dan pilih lokasi dimana korang mahu simpan/save file tersebut.
4. Klik 'OK' dan tunggu hingga selesai.


Langkah-langkah Membuat USB Bootable Windows 7.

1. Muat-turun Microsoft Windows 7 Bootable USB/DVD Download Tool.
2. Sebaik sahaja selesai memuat-turun, install kedalam komputer korang.
3. Buka aplikasi tersebut. *Pastikan USB Drive telah dipasang pada komputer.


4. Klik 'Browse' dan cari dimana korang save file Windows 7 yang mempunyai format .iso. Klik Next.


5. Disebabkan korang mahu membuat Bootable USB Windows 7, klik pada 'USB Device'


6. Pastikan USB Drive yang korang masukkan tadi ada seperti gambar. Jika tiada, tukar kepada USB Drive yang berlainan. Seterusnya, klik pada 'Begin Copying'.


7. USB Drive tersebut akan diformat. Jika korang ada menyimpan data penting didalam USB Drive tersebut, pindahkan terlebih dahulu.


8. Sebaik sahaja USB Drive itu diformat, ia akan memindahkan file Windows 7 ke dalam USB Drive secara automatik. Tunggu sehingga selesai.


9. Proses membuat Bootable USB Windows 7 telah pun selesai. Korang boleh memulakan pemasangan Windows 7 sekarang. Selamat Mencuba.

P/S : Pastikan semasa proses pemasangan, korang boot komputer korang ke USB Drive.

Jika korang pertama kali melakukan pemasangan Windows 7, korang dicadangkan membaca e-book yang ditulis oleh aku ini terlebih dahulu. Sebagai panduan kepada korang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


Screenshot E-Book
Muat-turun : Langkah Pemasangan Windows 7 via Mediafire
Size : 1.73MB
Format : PDF
Muka Surat : 27 halaman termasuk muka hadapan

6 Comments

  1. owh...bagus jugak nih..

    aku pon jarang guna dvd/cd kt laptop nih...kadang-kadang macam takda respon...

    lagi satu...driver win7 nih sama tak dengan win xp?

    ReplyDelete
  2. rajin tul encik lanun ni bagi ebook..maceh..hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @Piston - Kalau takde driver windows 7, ko bley try Windows Vista punye driver... kalau XP aku tak pasti la...

    @Ahmad Khairi - E-book tue aku dah lama tulis.. tak share2 pun lagi.. nie baru nak share...

    @Sejuk - Windows Vista tak boleh pakai yang ni...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post