[Part 2] Software Yang Patut Ada Pada Komputer Korang


Hampir terlupa untuk menulis untuk bahagian kedua. Jika korang belum lagi membaca entri "[Part 1] Software Yang Patut Ada Pada Komputer Korang", korang bolehlah kesana. Okla, pada bahagian pertama aku ada mencadangkan beberapa aplikasi yang agak berguna untuk kegunaan harian korang. Terdapat 4 kategori telah aku ceritakan, dan yang selebihnya insyaAllah aku akan kongsikan pada bahagian kedua. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita pergi ke bahagian 2.


5. Office dan Dokumen


Jika korang adalah seorang pelajar atau pun pekerja yang memerlukan satu aplikasi untuk menulis, atau membuat pebentangan aku cadangkan korang menggunakan aplikasi yang tidak asing lagi iaitu Microsoft Office. Setakat ini, aku hanya pernah menggunakan Office 2003, Office 2007, dan yang paling baru; Office 2010. Tidak kisah, versi apa pun yang korang gunakan, yang penting ia mempunyai fungsi yang sama. Bagi sesiapa yang masih menggunakan Office 2003, dan mengalami masalah untuk membuka file yang berformatkan Office 2007, korang bolehla memuat turun "Office 2007 Compatible Pack" yang terdapat didalam laman web Microsoft sendiri. Jika korang bercadang untuk menggunakan Office 2010 yang masih lagi didalam peringkat percubaan, korang boleh la memuat-turunnnya melalui link dibawah. Selain Microsoft Office, korang juga boleh mencuba OpenOffice yang mempunyai fungsi seakan-akan sama dan tiada cas yang dikenakan.


Muat-Turun Microsoft Office 2010 Beta

Selain dari pada Office, Adobe Reader juga memainkan peranan penting bagi sesiapa yang mempunyai file yang berformat .PDF. Selalunya, file berformat ini datangnya dari e-book yang dimuat-turun oleh korang. Jadi dapatkan Adobe Reader sekarang. Selain Adobe Reader, korang juga boleh mencuba aplikasi Foxit Reader.


6. Messaging, IM, dan Chat


Ramai diantara korang yang suka berkomunikasi dengan rakan-rakan lain dengan menggunakan Yahoo Messenger. Jika korang masih lagi belum mengemaskini Yahoo Messenger korang, korang bolehla ke sini untuk memuat-turun Yahoo! Messenger 10.0.0.1258. Jika korang suka menggunakan webcam untuk berkomunikasi dengan rakan lain, aku cadangkan korang menggunakan aplikasi Skype. Ini kerana, kualiti gambar boleh dikatakan terbaik, tidak mempunyai 'delay' yang ketara jika dibandingkan dengan YM.


7. System Tuning


Penting ke aplikasi ni? Bagi aku, untuk me'maintain'kan sesebuah komputer, korang memang memerlukan aplikasi system tuning ini. Bagi kes ini, aku mencadangkan korang menggunakan TuneUp Utilities. Dengan TuneUp Utilities ini, korang boleh menyelenggara komputer korang dengan satu klik sahaja. Jika korang memilih untuk tidak mencuba TuneUp, korang boleh mencuba aplikasi CC Cleaner. Dengan CC Cleaner, korang boleh membersihkan komputer korang daripada menyimpan file yang tidak berguna dan yang lebih penting sekali, ia akan meningkatkan kelajuan komputer korang.


8. Download Tools


Mesti diantara korang suka meng'download',antaranya Mp3, Movie, software dan lain-lain. Untuk mencapai kepuasan ke tahap maksima, aku cadangkan korang menggunakan Internet Download Manager (IDM). IDM ini dikatakan dapat menambah kelajuan download korang sehingga 400% dari kelajuan biasa. Teruja bukan? Jadi, marilah kita beramai-ramai memuat-turun ke tahap maksima.

Muat-turun Internet Download Manager v5.18.8 Full Cracked

Credit to Kraetiv.Net


Bagi korang yang memuat-turun melalui torrent, sudahkah korang mencuba Thunder/Xunlei? Jika belum, apa kata korang mencubanya. Ia dikatakan aplikasi yang dapat by-pass streamyx cap. Ini adalah aplikasi torrent yang terlaju di Malaysia menurut Forummer LowYat.Net. Tak percaya? Cubalah.

Muat-turun Thunder/Xunlei
Baca Part 1 Di Sini...
[Part 1] Software Yang Patut Ada Pada Komputer Korang

p/s : kalau ade broken link bagitau ea. kalau ade suggestion lain, amatlah digalakkan berkongsi di comment box dibawah.

12 Comments

  1. asal nak komen x pat ni

    ReplyDelete
  2. bro IDM tu klau download kena register lg ker..sbb skang aku pakai yg trial.

    ReplyDelete
  3. Susah pakai YM yang baru-baru nih..apa cara nak selesaikannya ek...
    asik hang je.

    ReplyDelete
  4. @piston hang? biar tul aku punye ok jer

    ReplyDelete
  5. bro naper aku punyer IDM lepas jer jadi full terus xleh guna?camner nak wat bro.

    ReplyDelete
  6. aku pkai Ofis 2007.. tu pon kadang2 je bukak..
    pdf reader aku pkai PDF-XChange Viewer..
    Alternative utk TuneUp... Glary Utilities..
    IDM dgn Thunder mmg terbaik.. huhu...

    ReplyDelete
  7. @Anarm - Glary Utilities? Tak pernah dengar plak.. nway thanks for the advice...

    @KliaMan - Sebelum ni IDM ko pernah mintak serial key ke?

    ReplyDelete
  8. semasa pakai trial ok jer..pah tu semalam aku cuba buat jadi full semua ok tp masa buka video nak download dia x detec automatik cam biasa...camner yer..sebelum ni x pernah lak dio mintak serial key.

    ReplyDelete
  9. @kliaman - try ko check kat sie punye setting

    ReplyDelete
  10. kalau aku uninstall pah tu install guna trial blk boleh x..

    ReplyDelete
  11. bagus info ni,aku try download IDM tu dulu erk

    ReplyDelete
Previous Post Next Post