[Tutorial] Membuat Vista USB Drive Bootable



Entri ini, adalah permintaan En. Sejuk berikutan dari entri Memasang Windows 7 Menggunakan USB Drive yang aku tulis sebelum ini. Walaupun entri ini agak lambat kerana telah keluarnya Windows baru dari Microsoft, tidak salah aku rasakan untuk memberitahu kepada korang yang Windows Vista juga boleh dipasang menggunakan USB Drive. Kenapa perlu menggunakan USB? Sedangkan DVD Vista ada? Mungkin itu pertanyaan orang jika ia baru terlihat entri ini. Sebabnya mudah, jika korang mempunyai DVD Windows Vista, tetapi dvd writer komputer korang tidak boleh digunakan lagi dan ini mendatangkan masalah kepada korang. Begitu juga dengan netbook yang memang tidak didatangkan bersama DVD Drive. Kira korang bernasib baik jika dapat external DVD Writer semasa pembelian.



Tutorial ini adalah tutorial bergambar, jadi jika korang tidak memahami apa yang aku katakan, korang ikut sahaja gambar tersebut. Tutorial ini dilakukan pada Windows 7 Ultimate 32bit.


Senarai barang/software yang perlu ada.

  1. DVD Windows Vista (Apa-apa version pun boleh)
  2. USB Drive yang berkapasiti 4GB ke atas.
  3. Komputer yang menggunakan sistem pengoperasian (OS) Windows.Seelok-eloknya Windows Vista/Seven

Langkah Penyediaan USB Drive

Langkah ini menggunakan command lines untuk meng'format' USB Drive dengan menggunakan diskpart utility. [Peringatan : Langkah ini akan mengosongkan ke semua file yang terdapat didalam USB Drive tersebut. Pastikan korang backup terlebih dahulu data didalamnya]

1. Masukkan USB Drive korang ke komputer.


2. Buka Command Prompt sebagai Administrator. [Start > All Programs > Accessories > Right Click pada Command Prompt > Run As Administator]

3. Taip diskpart pada command prompt dan Enter.


4. Seterusnya, taip list disk. [Mengikut gambar diatas, USB Drive itu pada kedudukan Disk 2]


5. Pilih USB Drive korang dengan menaip select disk 2. [Kedudukan disk boleh dilihat pada langkah 4]


6. Untuk meng'format'kan USB Drive tersebut, taip clean. Sebaik sahaja siap, taip create partition primary


7. Seterusnya, taipkan select partition 1


8. Taip active untuk langkah seterusnya.


9. Taip format fs=NTFS. Tunggu hingga proses siap. Berehat sebentar ye.

10. Sebaik sahaja siap, taip assign

11. Keluar dari command prompt dengan menaip exit

Langkah menyediakan USB Bootable
Sekarang kita akan gunakan bootsect yang terdapat didalam DVD Windows Vista itu sendiri untuk membuatkan USB Drive itu boleh bootable.


1. Seperti langkah 2 diatas, Buka Command Prompt sebagai Administrator. [Start > All Programs > Accessories > Right Click pada Command Prompt > Run As Administator]


2. Sekarang, pilih lokasi DVD Vista korang. Disini lokasinya berada di e:. Jadi, taipkan e:.


3. Seterusnya, kita akan pergi ke bahagian boot. Taipkan cd e:\boot


4. Seperti yang aku katakan tadi, kita akan gunakan bootsect untuk membuat USB Drive itu boleh bootable. Aku beranggapan USB Drive korang berada di lokasi f:. Jadi command yang perlu ditaip bootsect /nt60 :f


5. Sebaik sahaja keluar seperti gambar diatas, taip exit untuk keluar.


Langkah memasukkan file Installer Windows Vista kedalam USB Drive
Sekarang korang berada di bahagian terakhir proses pemasangan. Buka DVD Vista korang, copy/pindahkan ke semua file dan folder yang terdapat didalam DVD tersebut ke dalam USB Drive korang. Sebaik sahaja selesai memindahkan file dan folder tersebut, korang boleh mulakan proses pemasangan Windows Vista menggunakan USB Drive. Perlu diingatkan, pastikan korang set terlebih dahulu pada BIOS untuk boot dari USB.

Dibawah adalah 2 tutorial yang aku post pada forum Scukz tidak lama dahulu. Tapi kini aku telah jadikan didalam bentuk E-Book yang berformat .PDF. E-Book ini sudah lama aku kongsikan di ruangan Muat-Turun Blog ini..

[Tutorial] Cara Untuk Boot CD
Size : 684kb

Cara Install Vista
Size : 871kb

p/s : Sorila kalau ada sesetengah langkah tiada gambar. Aku terlupa nak capture..



1 Comments

Previous Post Next Post