Microsoft Office 2010 System Requirements



Masih lagi mengenai Microsoft Office 2010. Tetapi kali ini mengenai keperluan sistem komputer korang pula. Ia amat penting bagi sesiapa yang ingin memasang Microsoft Office 2010 kedalam komputer mereka. Microsoft Office 2010 ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun tahun ini. Orang selalu bertanya "Adakah Microsoft Office 2010 ini memerlukan aplikasi tambahan/plugin jika mahu menggunakannya?". Jawapannya mudah. "Tidak!". Secara ringkasnya, bagi sesiapa yang menggunakan Microsoft Office 2007, korang boleh lah mengabaikan tentang entri ini. Kepada pengguna Microsoft Office 2003 dan kebawah, korang patut mengetahui keperluan yang perlu ada jika mahu berhijrah ke Microsoft Office 2010.

Microsoft Office 2010 32-bit boleh dipasang pada OS 32-bit yang berikut :
  • Windows XP with Service Pack (SP)3
  • Windows Vista SP1
  • Windows 7
  • Windows Server 2008
  • Windows Server 2003 R2 (with MS XML).

Versi 64-bit pula boleh dipasang pada OS 64-bit kecuali Windows Server 2003 R2

Office 2010



Alex Dubec, Program Manager di Office Trustworthy Computing Performance team menyatakan pada blognya, keperluan CPU dan RAM melebihi dari Office 2003 dan 2007. Keperluan sistem mimima bagi Office 2003 hanya 233 MHz processor dan 128 MB RAM manakala Office 2010 adalah 500 MHz processor dan 256 MB RAM. Keperluan ruang simpanan bagi Office 2010 juga melebihi jika dibandingkan dengan Office 2003 dan 2007. “New features mean more code,” jelas Dubec.

Post a Comment

Previous Post Next Post