Telefon Lighter : Untuk Si Perokok



Malam ni aku nak buat entri yang pendek. Malas nak tulis panjang lebar. Korang baca tajuk entri ni pun korang rasa pelik. Aku pun pelik gak memula. Ada ke telefon camtu? Skarang aku dah ada jawapannya. SB6309 Lighter Phone akan berada dipasaran tidak lama lagi. Tapi kat Malaysia ni aku tak pasti akan wujud telefon sebegini atau tidak.



Camne lighter tu berfungsi? Caranya begini, buka sahaja penutup pada bahagian bawah telefon tersebut. Terdapat satu elemen pemanas disana. Seperti pencucuh rokok yang kat kereta tu. Dah bukak, letakkan ujung rokok disitu pada elemen pemanas disana dan menyala la rokok tu. Tapi dinasihatkan tidak menyalakan rokok terlalu lama disana. Rosak la bateri telefon tu. Panas la katakan. Telefon ni dikatakan telah dikeluarkan di Jepun dan pembeliannya meningkat kepada 30%. Oh. lupa plak nak bagitau telefon ini dibuat kat mana. Of coursela China. Sekian saja review kali ini.

Agak-agak tak percaya ngan review aku, meh lawat laman web dieorang.



http://www.seabright.cn/en/showproduct.asp?Cid=290&Mid=79

Post a Comment

Previous Post Next Post