Kantoi : Aku Dah Tahu Siapa 'The Stig'



Korang Pernah tengok Cite Top Gear? Ada satu penguji kereta mereka menggelar dirinya The Stig. The Stig ialah nama samaran yang diberi kepada seorang pemandu lumba dalam rancangan kereta Top Gear BBC. Dalam rancangan ini, beliau disifatkan sebagai "pelumba kereta jinak" misteri yang tidak diketahui identitinya, dan tidak sesekali pun bercakap atau menanggalkan topi keledarnya di hadapan kamera. Walau apapun beliau tetap disenaraikan sebagai pengacara, itupun hanya dikenali sebagai "The Stig", bersama Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May.

Tugas-tugas utama the Stig dalam rancangan ini termasuklah mencatat masa pusingan untuk pelbagai kereta mengelilingi Top Gear Test Track di Dunsfold Park, serta melatih tetamu kehormat minggunan mencatat masa pusingan dalam segmen Star in a Reasonably-Priced Car. Selain itu, the Stig juga memikul tugas-tugas memandu yang lain apabila perlu.

Sehingga hari ini diketahui the Stig ini bukan satu orang sahaja, malah terdapat dua orang Stig yang dikenali iaitu seorang Stig Hitam (yang berpakaian serba hitam, bertugas dari musim 2002-2003) dan seorang Stig Putih (serba putih, bertugas sejak tahun 2003 sehingga kini), tambah pula dua orang "sepupu Stig" di Amerika Syarikat dan Afrika.

Nama The Stig berasal dari zaman persekolahan Jeremy Clarkson di Repton School. Menurut Clarkson, pelajar-pelajar baru di sana selalu dipanggil "Stig". Pernah dicadangkan pemandu uji misteri ini digelar "The Gimp" tetapi tidak disetujui Perry McCarthy. Terdapat dua orang Stig yang rasmi sepanjang sejarah rancangan ini, diiringi beberapa orang Stig lain yang membuat penampilan istimewa dalam beberapa episod.

Stig Hitam



Stig yang asal berpakaian serba hitam. Dia diperkenalkan oleh Jeremy Clarkson pada episod sulung format terkini Top Gear tahun 2002 sebagai pemandu uji khas rancangan ini, dengan alasan para pengacaranya tidak boleh mencatat kelajuan tinggi secara konsisten. Clarkson mengaku bahawa "kita tak tahu namanya, kita betul-betul tak tahu namanya, tiada sesiapa pun yang tahu namanya, kami pun tak ingin tahu, kerana dia seorang pelumba kereta" ("we don't know its name, we really don't know its name, nobody knows its name, and we don't wanna know, cause it's a racing driver.") Tambah Clarkson lagi, The Stig ini disifatkan sebagai kecil sangat otaknya, pendapat dirinya pun tidak berguna, dan mengalami apa yang disifatkan oleh Clarkson sebagai "Sindrom Mansell". Butiran kerjanya cuma berbunyi "pergi memandu laju-laju sahaja" ("just go out there and drive fast").

Stig ini diupah untuk dua musim pertama rancangan ini, kemudiannya "dihapuskan" pada permulaan musim ketiga apabila diperlihatkan memandu sebuah kereta Jaguar XJ-S dari geladak landasan kapal HMS Invincible lalu menjunam ke dalam laut.



Identiti Stig Hitam yang sebenar didadahkan juga sebagai Perry McCarthy ketika buku beliau yang bertajuk Flat Out, Flat Broke diterbitkan pada tahun 2003. McCarthy ialah seorang bekas pemandu Formula 1 yang pernah bertugas sebagai pemandu uji untuk pasukan Benetton, Arrows, Williams dan BMW F1.

Stig Putih


Setelah terhapusnya Stig Hitam, munculnya "Stig Putih" baru yang berpakaian serba putih. Peranan Stig Putih ini menjangkaui segmen Power Lap, termasuklah memandu kereta di segmen-segmen lain, contohnya mencari juara antara Aston Martin V8 Vantage, BMW M6 dan Porsche 911 Carrera S di Isle of Man, dan beradu siapa yang melepasi garis permulaan di balapan bersama para pengacara; Stig Putih memandu kit car Caterham Seven dari Caterham, Surrey ke Knockhill di Scotland menentang para pengacara dalam memasang kereta yang serupa dari mula. Dalam musim 10, The Stig ditugaskan untuk menumpang pengangkutan awam dalam cabaran Cross London Challenge, yang mana beliau perlu menangani kerja-kerja seperti menaik bas, memakai Kad Oyster dan perlu menjawab panggilan telefon bimbit (tetapi setakat merenung telefon yang berdering).

Stig Putih juga pernah muncul di luar Top Gear, dalam beberapa rancangan istimewa permotoran Clarkson seperti The Good, The Bad, The Ugly yang mana Clarkson mengulas dan membandingkan kereta buatan Amerika dan bukan Amerika; Heaven and Hell, yang mana Stig membandingkan masa pusingan Chevrolet Corvette C6 dan TVR Sagaris, serta beradu dengan Clarkson dalam kereta BMW M5, dengan kereta Ferrari F430. Dalam DVD Supercar Showdown, The Stig (dalam Porsche 911) melawan Sabine Schmitz (dalam Audi R8) mengitari balapan Ascari di Sepanyol untuk beradu kepantasan.



Dalam episod pertama Musim Ke-13 Top Gear, The Stig memandu kereta Ferrari FFX di sekeliling Litar Ujian Top Gear, dan mencapai masa lap terpantas iaitu 1:10.7. Kemudian The Stig dibawa masuk ke dalam studio dan mendedahkan identiti sebenar beliau iaitu Micheal Schumacher. Clarkson menyatakan di akhir rancangan "I'm not sute if Micheal Schumacher is the Stig" selepas memaparkan satu video lucu yang mana Schumacher (memakai sebagai the Stig) berusaha untuk memandu Suzuki Liana.

Penampilan istimewa

Terdapat dua orang Stig lain yang membuat penampilan istimewa.

Episod 3 musim 9 berada di Amerika Syarikat, di mana para pengacara membeli kereta Amerika lalu memandu kereta-kereta itu merentas empat negeri sambil bercuti. Salah satu cabaran untuk mereka adalah mencatat masa pusingan mengelilingi balapan, di mana munculnya "sepupu Amerika The Stig". Dia digelar "Big Stig" oleh pengacara kerana kelihatan gemuk.

Episod 4 musim 10 memperlihatkan para pengacara memandu di Botswana. Untuk menguji prestasi tiga buah kereta yang dipakai oleh mereka sekitar balapan jalan tanah, Clarkson memperkenalkan "sepupu Afrika The Stig" yang berkulit hitam dan hanya berpakaian kasut dan sarung tangan Puma, sehelai cawat dan topi keledar putih.


P/S : Akhirnya aku tahu gak siapa The Stig. Patutla kat selekoh rileks jerk korner.


Kudo : Wikipedia.

3 Comments

  1. stig = pemandu berani mati .. XD
    respect la dgn beliau .. selalu bawa kereta dgn aksi gila !! haha !!

    ReplyDelete
  2. Tapi banyak orang masih lagi konpius,
    betul ke Micheal Schumacher is The Stig..
    dalam blog pun masih bincang lagi..

    ReplyDelete
  3. m. schumi bkn the stig yg sebenar... hanya untuk one man show di top gear sahaja.. the stig yang selalu bkn dia..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post