Membuat Window Bootable USB



Cuba korang bayangkan pabila korang mahu memasan Window Vista atau Window 7 kedalam PC/Lappy korang tetapi korang tidak mempunyai Pemacu DVD. Seperti yang aku tahu, Window Vista atau 7 mahupun Server 2008 didatangkan dalam bentuk DVD. Jadi perlukan pemacu DVD la kan untuk proses pemasangan dilakukan. Kalau takde camne? Langkah paling mudah anat kedai. Pandaila orang kedai tue buat. Tapi, skarang aku bagi langkah yang lebih bijak dan menjimatkan. Penyelesaiannya adalah korang perlu menghasilkan Pemacu Bootable USB. So dah boleh install..

Korang boleh baca artikel disini kalau korang taknak bukak website yang ini. Mana? Sini.

Kenapa korang nak bukak gak website tue kalau aku dah bagi cara yang paling mudah dan berbahasa Melayu ni? Hish.. Degil tul. Memang langkah diatas lebih mudah, tetapi alangkah bagusnya kalau ia dapat disiapkan secara automatik.

Dah sedia untuk belajar?

1. Apa yang perlu ada.
  • USB Drive (4 GB atau lebih)
  • Windows Vista, Server 2008 atau 7 ISO image atau DVD
  • OS: Windows Vista (SP1 atau SP2), Server 2008 atau 7
2. Muat-Turun

http://www.chrisnsoft.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif
  • Muat-Turun Melalui Mediafire
  • Klik Gambar.
http://www.chrisnsoft.com/wp-content/plugins/downloads-manager/img/icons/winzip.gif
  • Muat-Turun Melalu SkyDrive
  • Klik Gambar.


3. Proses Bermula

Selepas syarat-syarat awal dipatuhi, jalankan document tersebut. Ia adalah aplikasi portable. Jadi tidak perlu menjalankan proses instalasi. Cuma perlu tandakan pada "I have read and accepted the following License Agreement". Seterusnya, klik pada OK dan ia akan mulakan paparan utama.



Ia akan mengeluarkan popup window HELP untuk membantu anda menggunakan aplikasi ini. Ia hanya memerlukan 4 langkah mudah untuk dipatuhi.
  1. Check USB drive (Untuk memastikan USB dipasang dengan betul)
  2. Format USB drive
  3. Choose DVD atau ISO image (Untuk memindahkan file yang berkenaan kedalam USB Drive)
  4. Start the process (Untuk memulakan pembinaan Bootable USB)
P/s : Ia juga boleh digunakan untuk Window versi 64-bits.



1 Comments

  1. piratz...g kat blog juju...anda dpt award....
    anyway..juju tak leh la nk post kat shout out..juju kena ban..nape?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post