Beberapa Hari Selepas Perginya Micheal Jackson



Google telah mengeluarkan kenyataan, server mereka sesak dengan carian kata kunci 'Micheal Jackson' pada hari Khamis lalu. Ini berikutan berita kematian MJ tersebar luas di radio, televisyen, dan internet. Disebabkan terlalu banyak pencarian tentang kematian Micheal Jackson, Google terpaksa menukar hasil pencarian itu kepada "We're sorry, but your query looks similar to automated requests from a computer virus or spyware application. To protect our users, we can't process your request right now."


Keadaan Server Google Search Pada Hari Khamis


Kesesakan teruk berlaku pada jam 2.45 p.m PDT dan Google menyedarinya selepas 25 minit trafik server mereka sesak. Google juga menyatakan kesesakan berlaku pada pencarian mobile. Perkhidmatan lain iaitu Yahoo juga agak sesak kerana menerikan pengunjung unik sebanyak 16.4 juta pengunjung pada hari tersebut. Ini merupakan jumlah terbanyak dalam sejarah.


Penjualan Album MJ di Amazon

Kematian MJ juga memberi kesan pada iTunes dan Amazon. Sebanyak 8 dari 10 album MJ laris dijual. Kesemua album tersebut menduduki tangga teratas pejualan. Album "The Essential Michael Jackson"menduduki tangga teratas bagi penjualan/muat turun paling banyak. Begitu juga video klip "Thriller" salah satu lagu yang menaikkan nama MJ turut menduduki tangga teratas.

Di YouTube, kesukaran untuk melihat video klip "Thriller" juga berlaku. Video yang berdurasi 13 minit itu hanya dapat ditonton selepas setengah jam ia dibuka. Beribu peminat turut memuat naik video tribute untuk MJ. Kini, di YouTube sudah mempunyai beribu video klip MJ yang telah dimuat naik. Menurut YouTube lagi, sehingga jam 5.00 P.M. PDT video klip "Thriller" ditonton sebanyak 37 juta kali dan menerima komen sebanyak 105000. Ia tidak dikira selepas itu kerana pada lewat pagi hari Jumaat, video itu menerima kunjungan sebanyak 38,619,665 dan meningkat sehingga 1.6 juta pada keesokkan harinya dan menerima komen sebanyak 144,676 kali.

Menurut jurucakap Youtube, Spencer Crooks melalui emailnya, "I took a screenshot of the MJ YouTube Channel shortly after news broke about his death," Ia berkata lagi "The channel views are up about 3 million. The channel subscribers are up nearly 50,000 and climbing. Most of the popular videos are up at least a million views. These are not exact numbers, as I took the screenshot after the news broke, and they are all still rising fast."

3 Comments

  1. perghh mmg kaw2 kesan daripada peninggalan MJ kan.. solute ar dia..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info. Pemergian seorang Raja Pop!

    ReplyDelete
  3. giler famous
    tapi aku lansung tak amik port pasal die ni
    haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post