DomDomSoft Manga Downloader : Muat-turun Manga Dengan Mudah & Pantas



Adakah korang seorang yang addict kepada Manga? Sebagai contoh; Naruto, One Piece, eyeshield 21, dan lain-lain. Ada beberapa laman web yang dibuat khas untuk membaca manga secara online tetapi biasanya tidak boleh digunakan untuk memuat-turun manga kedalam komputer korang. Untuk mengatasi masalah ini, haruslah ada aplikasi yang boleh memuat-turun secara automatik dari lama web tersebut dan pilihan yang lebih baik adalah DomDomSoft Manga Downloader yang sesuai untuk tujuan itu.

Aplikasi ini memuat-turun manga yang terdapat dari berbagai sumber manga popular di Internet termasuk One Manga, Manga Fox dan laman popular lain. Laman-laman web itu mempunyai hampir setiap manga daripada lebih daripada 500 isu One Piece, 400 dari Bleach atau Naruto dan terdapat juga manga yang sukar ditemuai. Dengan kesempatan inilah korang boleh gunakan untuk mencari manga yang korang mahukan melalui senarai siri yang sedia ada.


DomDomSoft Manga Downloader adalah aplikasi yang sangat baik untuk semua jenis windows. Hanya memerlukan Microsoft. Net Framework 3.5 tetapi tidak perlu diinstal pada sistem komputer kerana ia adalah aplikasi portable.





Muat Turun

DomDomSoft Manga Downloader

3 Comments

  1. Laju ke download manga guna software ni?

    ReplyDelete
  2. wow... xpenah tau pn ader software ney.. tq3... Laju x nak download ney?

    ReplyDelete
  3. aku pernah guna..
    tapi limited punye..
    laju juga la daripada download satu-satu kat onemanga..
    piratz ade full punye x..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post