Baru je kejap tadi aku tulis pasal Theme Office 2010 untuk Yahoo Messenger 9 & 10. Dan kali ini untuk pelayar Firefox pulak. Theme tersebut diberi nama Twenty-Ten atau 2010. Tema ini sangat mudah untuk dipasang dan sangat boleh diubahsuai. Korang boleh menukar warna tema Firefox menggunakan tab. Korang juga boleh mengaktifkan Aero Glass atau mematikan menggunakan theme setting. Bagi mencantikkan lagi theme ini, korang dicadangkan untuk menggunakan addon Fission dan LocationBar2.
Langkah pemasangan :
1. Muat-turun melalui laman web addon Mozilla. Pastikan korang sedang menggunakan Firefox semasa memuat-turun.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/75906/
2. Muat-turun Fission - Progress Lines
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/1951
3. Muat-turun LocationBar2 - Domain Shading in URLBar
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/4014
4. Restart Firefox korang.
Jika korang tidak mahu menggunakannya lagi, sila uninstall TwentyTen dan TwentyTenBuddy. Ini kerana TwentyTenBuddy akan sentiasa berfungsi selagi korang tidak membuangnya.
eh nama sama je macam wp3..hehe
ReplyDelete