Thumbnail Previews untuk Semua Tabs Dibuka di Firefox 3,6 pada Windows 7



Pada entri kali ini mengenai tweak Firefox 3.6. Entri kali ini ditujukan kepada pengguna Windows 7 serta Mozilla Firefox 3.6. Jika korang masih belum menggunakan Firefox 3.6 pergila memuat turun terlebih dahulu.

Okey la. Jika korang perasan, Open Tabs Thumbnail Preview ini adalah satu fungsi terbaru pada Internet Explorer yang telah dipasang pada Windows 7. Dan kini Mozilla telah mengeluarkan Firefox 3.6 untuk melakukan sedemikian. Contohnya adalah seperti gambar diatas. Untuk mengaktifkan Open Tabs Thumbnail Preview ini, korang perlulah melakukan sedikit tweak terhadap Firefox korang.

Muat-turun Mozilla Firefox 3.6


Ini adalah tutorial bergambar yang ringkas. Jika korang tidak memahami, maknanya korang ada masalah. Jadi jika korang berminat untuk mengaktifkan Open Tabs Thumbnail Preview ikutilah langkah-langkah dibawah.



1. Buka Firefox 3,6 dan tulis 'about: config' di bahagian address bar. Klik pada butang ;I'll be carefull, I promise!'



2. Cari 'browser.taskbar.previews.enable' dengan meletakkan pada kotak filter. Semasa default, ia ditetapkan kepada 'false'. Double Click pada browser.taskbar.previews.enable untuk menukar value kepada 'True'



3. Itu sahaja yang perlu korang lakukan. Untuk melihatkan hasilnya, sila 'restart' Firefox korang dan bukak la sebanyak mana tab yang korang mahu. Kemudian halakan pointer pada icon Firefox pada taskbar. Korang akan dapat lihat kesemua tab yang korang buka.

Selamat Mencuba. Pada pengguna Windows 7 Pirate sila ke sini http://bit.ly/cSfFQt


2 Comments

Previous Post Next Post