Membuang Aplikasi AntiVirus Palsu



Jika pada entri lepas aku ada menulis entri mengenai 144 AntiVirus Palsu & AntiVirus Remover, jadi pada hari ini aku ingin berkongsi pula cara untuk membuang Antivirus palsu tersebut. Mungkin korang tidak menyedari yang korang telah memasang aplikasi Antivirus palsu tersebut. Ianya selalu dimuat turun dan dipasang apabila korang melayari suatu laman web dan tiba-tiba korang menerima mesej bahawa sistem komputer korang berisiko atau sistem komputer korang telah dijangkiti virus. Disana ia telah memberi cadangan untuk memperbaiki atau membuang virus tersebut. Demi mengelakkan virus tersebut merosakkan sistem komputer korang, dengan segera korang klik pada butang untuk memperbaiki masalah ini, sebuah program secara automatik akan didownload dan diinstal pada sistem korang yang berpura-pura menjadi antivirus. Apabila korang menjalankan scan pada sistem dan ia memberitahu korang bahawa ada beberapa jangkitan virus yang perlu diperbaiki. Seterusnya korang diminta untuk membeli perisian yang dibayar untuk memperbaiki jangkitan virus tersebut.



Jadi itulah yang dinamakan Antivirus palsu. Uninstall / menghapuskan antivirus palsu seperti itu bukanlah tugas yang mudah. Itu sebabnya hari ini aku berkongsi aplikasi "Remove Fake Antivirus" yang membantu dalam menghilangkan program antivirus palsu daripada sistem.

Berikut adalah Antivirus Palsu yang boleh dibuang menggunakan aplikasi ini.
  • Cyber Security
  • Alpha Antivirus
  • Braviax
  • Windows Police Pro
  • Antivirus Pro 2010
  • PC Antispyware 2010
  • FraudTool.MalwareProtector.d
  • Winshield2009.com
  • Green AV
  • Windows Protection Suite
  • Total Security 2009
  • Windows System Suite
  • Antivirus BEST
  • System Security
  • Personal Antivirus
  • System Security 2009
  • Malware Doctor
  • Antivirus System Pro
  • WinPC Defender
  • Anti-Virus-1
  • Spyware Guard 2008
  • System Guard 2009
  • Antivirus 2009
  • Antivirus 2010
  • Antivirus Pro 2009
  • Antivirus 360 and
  • MS Antispyware 2009
Muat Turun

Download Link

Mirror

Homepage



1 Comments

Previous Post Next Post