3 Cara Untuk Capture Seluruh Halaman Blog/Laman Web



Semalam, Rjuna ada bertanyakan adakah 7capture boleh mengambil screenshot blog/web dari header hingga footer. Jawapannya tidak. Jadi pada hari ini aku ingin berkongsi 3 Cara untuk mengambil screenshot tersebut. Ketiga-tiga cara ini berlainan. Ini kerana untuk mengambil screenshot tersebut terdapat pelbagai cara. Aku akan berkongsi cara mengambil screenshot tersebut melalui Mozilla Firefox addon, Abode Air Apps, dan aplikasi yang perlu dipasang didalam sistem operasi komputer korang. Jadi, korang pilihlah yang mana bagi korang mudah.


1. Mozilla Firefox Addon
Addon yang ingin aku kongsikan adalah Screengrab!. Ia boleh menangkap apa yang dilihat oleh korang, seluruh page tersebut atau mengikut size yang korang perlukan. Ia juga dapat menangkap Java atau Flash yang terdapat didalam laman web tersebut.
Dapatkan ScreenGrab!


2. Adobe Air Apps
WebKut AIR adalah sebuah aplikasi yang membolehkan korang untuk menangkap laman web, atau sebahagian daripadanya dalam cara yang sangat mudah.Pada Microsoft Windows, dokumen PDF dan beberapa Flash animasi dalam laman web akan digantikan dengan ruang kosong. Dimensi maksimum untuk sebuah gambar 2880 piksel.
Dapatkan WebKut


3. Aplikasi Windows (Perlukan proses pemasangan)
WebShot datang dengan interface untuk pengguna advance. Gambar yang dihasilkan menyokong format GIF, JPG, PNG, BMP. Fungsi aplikasi ini adalah sama seperti cara diatas.
Dapatkan Webshot

9 Comments

  1. Kak Jie guna Screengrap - tutorial yg bagus

    ReplyDelete
  2. Thanks sebab bagi feedback...
    3 ni aku pilih dari yang aku rasa terbaik jela...
    tak tau la korang camne...

    ReplyDelete
  3. Peh Screengrab mmg mantop, aku try print screen blog aku, perfect

    thanx untuk tutorial ni, dah lama aku cari hehe :)

    ReplyDelete
  4. aku pkai abduction,ok gak sng guna,ko trai la tgk....

    ReplyDelete
  5. aku pkai fireshot.. addons firefox jugak..

    ReplyDelete
  6. @Anonymous - Thanks...

    Anarm - Nanti aku try...

    Skarang aku stick ngan webkut tue...

    ReplyDelete
  7. Screengrab tu bagus, aku memang cukup suka sebab tidak memerlukan installasi ataupun pemasangan pada windows. thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Waaa... interesting nie... boleh buat snapshot blog aku nie...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post