Buang Vista Startup Orb a.k.a Pearl Animation



Pada semua pengguna Windows Vista mesti tau apekah Vista Startup Orb. Tak tau? Orb seperti gambar diatas la. Ia hanya diperkenalkan pada Windows Vista, tetapi telah dibuang dalam versi Windows 7. Walaupun ia hanya muncul beberapa saat, tetapi ia melambatkan startup Windows Vista. Animasi Orb ini muncul melalui file "authui.dll" yang boleh didapati di dalam folder "%windir%\System32". Oleh itu, satu patch telah dibuat untuk menghalang dari Orb tersebut muncul. Ia dibuat oleh PacMani @ DeviantArt.

Korang hanya perlu muat-turun dan extract file .zip tersebut dan jalankan file "Patch System Files.bat". Ia menggantikan file "authui.dll" dan Animasi Orb tersebut tidak akan muncul lagi. Ia akan kelihatan seperti Windows 7. Jika anda mahu ia muncul semula, jalankan sahaja file "Patch System Files.bat". Dan ia akan kembali seperti asal. Selamat Mencuba.

P/S : Ia hanya berfungsi dalam Windows Vista 32bit sahaja.


Muat Turun :


http://www.deviantart.com/download/139084270/Logon_Animation_Remover_by_PacMani.zip




Post a Comment

Previous Post Next Post