Wordpress Installation E-Book Coming Soon


Pertama skali aku ingin memohon maaf kepada semua follower blog ini kerana hampir seminggu aku tidak mengupdate blog ini. Ini kerana line internet di rumah aku amatla slow. sehingga ingin membuka blog ini bertukar kepada "Cannot Find Server". Amat tension dihati ini. Berkali-kali ku menyumpah TMNut. Takpela. Nak wat camne.

Di kesempatan itu, aku sekarang didalam satu projek yang tak berapa besar. Atas saranan rakan-rakan, aku ingin menerbitkan sebuah buku tentang cara-cara menggunakan wordpress. Yang paling penting ia didatangkan didalam bahasa Melayu. Bermula dengan langkah pemasangan sehinggalah penukaran theme dan juga plugin. Kandungan buku akan dikemas-kini dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan anda semua, aku tidaklah menjual buku tersebut, tetapi ia boleh di muat turun di laman blog ini secara percuma. Semoga penerbitan buku tersebut membuka ruang ramai lagi blogger di negara ini mencuba Wordpress.

Mungkin korang pelik atau tidak berasa apa-apa. Kenapa aku tak pakai wordpress tetapi menggunakan perkhidmatan Blogspot. Ini kerana aku ingin menggunakan/melancarkan laman blog aku sendiri dengan menggunakan hosting & domain aku sendiri. Tak bestla kan pakai free hosting.

Akhir kata, nantikan kemunculan buku aku tersebut. Ia akan di terbitkan dalam 2 versi, iaitu : Pemasangan pada hosting dan pemasangan pada Windows.

Screenshot Cover E-Book Tersebut



p/s : Cover tue aku tiru dari Dummies..

3 Comments

  1. Baguss..baguss akhirnya ko buat jgk ebook ini..jgn lupa masukkan affiliate untuk domain dan hosting..

    ReplyDelete
  2. hoho bgus la ko wat ebook ni.. nanti bg aku ar oke.. aku pomot.. hehehe..

    p/s: da try win 7 rtm? jom...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post