Politeknik Malaysia Icon For Free


Politeknik merupakan tempat yang berkesan untuk melatih modal insan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Politeknik, universiti dan Kolej Komuniti di Malaysia terletak di bawah pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



Setakat 2004, politeknik telah melahirkan 40,000 graduan peringkat diploma setiap tahun. Setiap tahun, hampir 420,000 pelajar peringkat SPM / SPMV keluar dari sekolah dan memasuki alam pekerjaan tanpa sebarang ilmu dan pengalaman yang sesuai. Setakat 2004, terdapat 20 buah politeknik di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai 60,000 orang. Pada 2008, terdapat 27 buah politeknik dengan 85,000 pelajar.

Lulusan politeknik mempunyai pasaran pekerjaan yang baik. Mereka ini lanjutan dari sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional yang terdapat di seluruh negara. Graduan politeknik lebih kreatif dan inovatif berhubung soal-soal teknikal dan mekanikal.

Penggunaan icon pada folder boleh mencantikkan lagi desktop mahupun komputer riba anda. Oleh itu, hari ni aku nak share icon-icon yang berasaskan logo politeknik. Ia dibuat kerana ada permintaan dari seorang user scukz.

Selepas membuat sedikit pencarian logo dan senarai politeknik seluruh Malaysia, aku hanya dapat membuat icon politeknik dibawah. Jika ada kesilapan dan ketiadaan logo politeknik dibawah, aku harap anda dapat memberi logonya pada aku.

Berikut adalah senarai Politeknik yang ada Di Malaysia.

1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
3. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
4. Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
5. Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
6. Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
7. Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
8. Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
9. Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
10. Politeknik Seberang Prai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
11. Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
12. Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
14. Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
15. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
17. Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor
18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
19. Politeknik Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang
20. Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak
21. Politeknik Balik Pulau, Bayan Lepas, Pulau Pinang
22. Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan
23. Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
24. Politeknik Banting, Banting, Selangor
25. Politeknik Mersing, Pasir Gudang, Johor
26. Politeknik Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu
27. Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah








http://piratz.deviantart.com/art/Politeknik-Malaysia-Icon-129183560

Post a Comment

Previous Post Next Post