Lelaki VS Perempuan


Arini aku tak tau nak post pape. Skali tengah mengemas email dalam inbox, aku terbaca pasal perbandingan perempuan cantik dengan perempuan kurang cantik. Tak baik tau cakap hodoh. huhu. Aku ingatkan habis cam tu je. Ada pulak perbandingan lelaki yang handsome dengan yang kurang handsome. Macam-macam la orang skarang. Tapi kalau difikir semula ia memang ada kebenarannya. So, tanpa berceloteh panjang, jemput-jemput la baca.

Perempuan Cantik vs Perempuan Kurang Cantik

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi…

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato' mana bela ni….

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni…..

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu…

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh….

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!

Lelaki Handsome vs Lelaki Kurang Handsome


Lelaki Hansome vs Lelaki Kurang Handsome
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...

kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?heheheheh.

3 Comments

  1. tgk pada hati..bukan pada wajah..
    skang ni byk topeng jual merata2..
    nk elak H1n1...heheh..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post