100 Laman Aplikasi Terbaik 2009

Setelah sebulan iaitu sepanjang bulan April laman WebWare mengadakan pungutan undi bagi laman aplikasi paling popular bagi tahun 2009, 19 Mei yang lalu barulah mereka mengumumkan senarai 100 laman aplikasi (Webware 100 Winners 2009) yang mendapat undian tertinggi di dalam 10 kategori.

Antara kategori yang terlibat:
Audio dan muzik, Pelayar, Perniagaan, Komunikasi,Infrastruktur dan simpanan, Perkhidmatan berdasarkan lokasi, Foto,video dan Penghasilan, Carian dan rujukan dan juga Sosial dan penerbitan. (via WebWare)

Sepanjang undian dijalankan, kira-kira 630,000 undi telah berjaya dikumpul serata dunia berbanding tahun 2008 sebanyak 2juta undi telah berjaya dipungut.

Senarai pemenang laman aplikasi bagi tahun 2008 dan tahun 2007 boleh dilihat melalui pautan ke laman WebWare.

Anugerah khas iaitu Pilihan Editor juga diadakan dan antara pemenangnya seperti berikut:
Technical Achievement - Aviary (Link)
Best Newcomer - GoodGuide (Link)
Best Twitter Rip-off - Present.ly (Link)
Failure to Launch - Cuil (Link) & Mobile Me (Link)


Kudos | InfoMalaya

Post a Comment

Previous Post Next Post