Virus April Fool

Entri ini esklusif kepada pengguna sistem operasi microsoft windows dari versi 2000, XP, Windows Server 2003/8, Vista dan owh! Windows 7! Beberapa hari lalu saya terbaca tentang perihal Microsft sedang memburu pengguna windows cetak rompak (pirate) di blog aman yang menceritakan tentang apa yang dipanggil WGA (windows genuine advantage). Kini satu lagi BALA bakal menghantui pengguna sistem operasi windows, satu cecacing (worm) bakal menyerang pada 1 April ini (esok).


Cecacing yang dinamakan Conficker (juga dipanggil downup, downadup, kido) ini dikatakan bakal menyerang pengguna sistem operasi windows pada 1 April ini dan memberikan kesan kepada sistem keselamatan komputer seperti mempasifkan antivirus, menghalang pengguna dari memasuki laman web antivirus, mempasifkan sistem automatic update, BITS, windows defender dan error reporting services. Anda boleh membaca lanjut berkenaan cecacing ini di laman web wiki.


Menghadapi Conficker.

  • pastikan anda mengambil segenap langkah pencegahan seperti jangan klik, jangan buka, jangan nakal-nakal di internet dan jangan-jangan - fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara!
  • Persiapkan perisian antivirus - samada yang percuma, berbayar (atau cracked!) - rujuk
  • Persiap CD windows dan juga CD driver untuk tujuan format semula (hehe)
  • Buang je windows, jom guna ubuntu! (paling berkesan)

    Kenapa ia merbahaya?

    Win32/Conficker is a worm that infects other computers across a network by exploiting a vulnerability in the Windows Server service (SVCHOST.EXE). If the vulnerability is successfully exploited, it could allow remote code execution when file sharing is enabled. Depending on the specific variant, it may also spread via removable drives and by exploiting weak passwords. It disables several important system services and security products and downloads arbitrary files.

    [via Microsoft Malware Protection Centre]

    pa yang boleh anda lakukan bagi menghadapi Worm Conficker ini?

    Diharapkan panduan daripada kami ini dapat membantu anda, walaupun pakar menganggap Conficker ini tak seteruk serangan virus-virus komputer yang lain. Ia masih dianggap berbahaya kerana kebolehannya menjangkiti komputer-komputer lain dalam satu network dan seterusnya komputer-komputer tesebut dapat dikawal oleh si pembuat Worm tersebut.

    Selain itu, ia juga susah untuk dikesan dek kerana Conficker ini mampu berselindung di sebalik fail-fail komputer anda dan juga tidak aktif. Aktif hanya pada masa-masa tertentu terutamanya pada 1 April 2009 ini.

    Post a Comment

    Previous Post Next Post