About Me


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Aku nak bagitau sedikit mengenai diri aku yang hanya insan biasa. Nama sebenar aku Arif Bin Ishak. Selalunya kawan-kawan aku panggil aku Arip. Tetapi semasa di UPM dulu kawan-kawan aku panggil aku Pok Rep. Lantakla mane-mane pun boleh. Kalau didunia internet ni aku menggunakan Nickname 'Mr Piratz @Piratz. Dulu aku pernah menggunakan nickname OmiSan. Jika korang pernah mendengar nick itu, ia mungkin aku. Itu dalam sekitar 2004-05 la. Pastu aku terus pakai nama Piratz ni. Aku orang Pahang yang dilahirkan di Felda Keratong 6, Muadzam Shah. Tapi sekarang aku tinggal kat Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Kalau nak cerita pasal pendidikan, semasa tadika aku belajar kat Taman Bimbingan Kanak-kanak Felda Keratong 6. Pastu aku ke Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 6 & 7. Tapi sekarang Sekolah tu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 6, 7 dah ilang. Kenapa? Entah. Ketika meningkat ke alam sekolah menengah, aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah. Kat sane aku duduk Asrama. Tapi malangnya, sebab aku ni baik sangat, takat 3 tahun setengah sahaja aku bersekolah disana. Jadi aku menamatkan zaman persekolahan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Chanis. Semasa aku tengah tunggu panggilan UPU, aku pergi ke Kursus English dekat Felda English Language Centre kat Asrama Semai Bakti Kelana Jaya. Adala 3 bulan kat sana. Aku keluar pun sebab dapat panggilan UPM Bintulu. Bintulu? Aah. Yang kat Sarawak tu. Kat sana aku ditawarkan Diploma Perikanan. Aku tak bape minat sangat ngan Biologi, jadi disebabkan itu, aku terpaksa menamatkan pengajian aku diperingkat Diploma selepas bertarung 3 semester. Kira-kira 7-8 bulan lepas tu, aku ditawarkan untuk satu bidang yang jarang diceburi oleh orang. Mungkin luck kot. Jadi aku pun masuk la Malaysia Airlines Engineering Centre kat Subang Airport. Kat sini aku ambik kos Aircraft Maintenance. 3 tahun tu. Lama la jugak. Tapi dah abes dah. Sekarang kena buat praktikal kat Malaysia Airlines dalam 2 tahun. Bila aku abes nanti aku bakal menjadi Jurutera/Engineer kapal terbang. InsyaAllah.

Award yang diberi untuk blog usang ku ini. Sebenarnya banyak, tapi disebabkan pertukaran layout, aku terlupa nak backup link award.. So sory ye..


Diberi oleh Wazy84

ANUGERAH BLOG MESRA MATA 2010 - DAUSPOZI.COM
Dari Daus

Previous Post Next Post